Xiaomi boleh dikatakan memperkenalkan produk baru hampir setiap bulan – dan tidak hanya terhad untuk telefon pintar sahaja. Terkini, syarikat popular daripada China berkenaan telah menjadualkan pengenalan produk baru mereka pada 27 September kelak.
Melalui teaser yang dikeluarkan, Xiaomi memperlihatkan huruf “S” sahaja. Ini membuatkan ramai yang hadir dengan spekulasi mengenai kemungkinan peranti Xiaomi Mi5S. Sebelum ini, ia telah diperkatakan Mi5S ini akan hadir dengan beberapa kemaskini, termasuk mungkin menyertakan dwi-kamera pada bahagian belakang.
Pada acara sama, Xiaomi dijangka memperkenalkan lebih daripada satu produk pada acara berkenaan. Mungkinkah kita akan melihat kemaskini kepada keluarga Mi Note pada acara sama?
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Menjadualkan Pengenalan Produk Baru Pada 27 September 2016 Ini"