Media sosial kerap dipersalahkan kerana menyebarkan khabar angin dan dakyah pembangkang. Penyebaran maklumat tidak sahih ini menimbulkan keresahan dan mengancam keharmonian pelbagai kaum di Malaysia. Contoh terbaik ialah insiden rusuhan Plaza Low Yat tahun lalu. Kes pencuri yang tidak berpuas hati kerana ditangkap peniaga berubah menjadi kes perkauman kerana kononnya pembeli ditipu penjual berlainan bangsa. Walaupun pihak Polis Diraja Malaysia telah mengesahkan kebenaran kes ini (dan pencuri melakukan pengakuan bersalah di mahkamah) masih ramai percaya dengan cerita ianya sebuah kes perkauman. Ini membuatkan pihak kerajaan menggandakan usaha mencari individu yang menyebarkan berita tidak berasas di laman sosial sejak kebelakangan ini.
Di Twitter, laman sosial ini kini digunakan oleh segolongan doktor untuk menyebarkan kebenaran dan pada waktu yang sama menjawab persoalan berkenaan bidang perubatan. Hashtag #MedTweetMy boleh digunakan oleh pengguna Twitter Malaysia untuk menanyakan persoalan yang berbeku di dada mereka. Projek yang melibatkan 36 doktor dari pelbagai kepakaran dan bidang ini dimulakan oleh Dr. Khairul Hafidz Alkhair Khairul Amin, seorang doktor yang bertugas di Hospital Jengka. Dengan #MedTweetMy beliau berharap mitos dan maklumat kurang sah berkenaan kesihatan yang boleh ditemui di media sosial dapat dihapuskan. Pada waktu yang sama ia membenarkan pengguna Twitter bertanya terus tentang maklumat perubatan kepada mereka yang ahli dan bukan “Doktor Google” yang kini bertambah bilangannya. Harus ditegaskan #MedTweetMy hanyalah sekadar tempat pertanyaan perkara secara umum dan bukannya konsultasi doktor atas talian. Pihak #MedTweetMy akan menjawab persoalan yang diutarakan sebelum menyarankan tindakan yang perlu dilakukan oleh pengguna.
Kepada doktor-doktor yang berminat, keahlian #MedTweetMy masih lagi dibuka dan ahli melakukan tugas secara sukarela tanpa sebarang bayaran. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan anda boleh mengikuti akaun Dr Khairul. Senarai penuh akaun doktor-doktor Twitter terlibat setakat ini boleh dilihat dari tweet di bawah.
Terima kasih kepada @dhirahnazar kerana buatkan carta grafik yang cantik ni,
#MedTweetMY http://pic.twitter.com/iickCw5Nxh
— Dr. Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) January 10, 2016
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "#MedTweetMy – Mendapatkan Pendapat Doktor Menerusi Twitter"