Bersama-sama dengan pengenalan Xiaomi Mi 5s, pihak Xiaomi turut memperkenalkan satu lagi variasi telefon pintar mereka yang mana hadir dengan rekaan bersaiz sedikit besar dan beberapa ciri-ciri tambahan – iaitu Xiaomi Mi 5S Plus.
Seperti versi Mi 5S, ia turut dijana menggunakan cip Snapdragon 821 dan turut menyertakan sokongan pengimbas cap jari ultrasonik. Namun, untuk rakaman gambar belakang, ia sedikit berbeza dan menyertakan dwi-kamera belakang yang disusun secara menegak.
Telefon pintar ini juga turut menggunakan pengimbas cap jari pada bahagian belakang – berbeza dengan model utama mereka.
Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera 13-megapixel + 13-megapixel pada bahagian belakang. Ia menggunakan konsep seumpama Huawei, dimana satu lensa digunakan untuk rakaman gambar dalam bentuk RGB, sementara satu lagi dalam bentuk monokrom.
Menguasakan peranti ini adalah memori dalam pilihan 4GB RAM ataupun 6GB RAM, dan ruangan storan sehingga 128GB.
Sedang dikemaskini…
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Hadir Dengan Xiaomi Mi 5S Plus Menggunakan Dwi-Kamera Belakang Dan 6GB RAM"