Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Spesifikasi PC Untuk Resident Evil 7 Diumumkan

Sudahkah anda bersedia untuk kembali ke dalam dunia survival horor Resident Evil 7? Tidak seperti permainan sebelum ini, RE 7 nampaknya membawakan beberapa pembaharuan drastik. Permainan boleh dimainkan dari pandangan pertama pemain. Selain daripada itu dari beberapa trailer yang diperlihatkan, zombie kali ini nampak lebih pantas.

Permainan ini akan dilancarkan pada Januari 2017 dan kepada pemilik PC berikut ialah spesifikasi minimum dan disarankan oleh Capcom. Ini ialah spesifikasi awal kerana RE 7 masih sedang dibangunkan. Capcom menegaskan ia mungkin akan diubah di masa hadapan. Spesifikasi saranan yang diberikan menurut mereka ialah bagi mereka yang mensasarkan resolusi 1080P 60 FPS. Keperluan PC permainan nampaknya tidak terlalu tinggi buat masa ini.

 

Spesifikasi Resident Evil 7
Pemproses Paling Minimum Intel Core i5-4460 2.70 GHz

AMD FX-6300

Pemproses Disarankan Intel Core i7 3770 3.4 GHz
Kad Grafik Paling Minimum Nvidia GeForce GTX 760

AMD Radeon R7 260x

Kad Grafik Disarankan Nvidia GeForce GTX 960

AMD Radeon R9 280X

RAM Paling Minimum 8 GB
RAM Disarankan 8 GB
Ruang Pemasangan Belum Diumumkan
Sistem Operasi Windows 7,8,8.1,10 64-BIT

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Spesifikasi PC Untuk Resident Evil 7 Diumumkan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info