Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Xperia XZ Dan Xperia X Compact Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 30 September

Pada IFA 2016 yang diadakan pada awal bulan September 2016 tempoh hari, pihak Sony telah memperkenalkan dua telefon pintar mereka, iaitu Xperia XZ dan juga Xperia X Compact. Kini, agak pantas, kedua-dua peranti berkenaan bakal dilancarkan di pasaran tempatan pada 30 September 2016 ini.

Xperia XZ_005

Sony Xperia XZ merupakan telefon pintar bersaiz 5.2-inci dengan paparan 1080p, hadir menggunakan cip Snapdragon 820, memori 3GB RAM, dan dilengkapi kamera belakang 23-megapixel, serta kamera hadapan 13-megapixel. Peranti ini turut hadir dengan sokongan dwi-SIM dan juga menyertakan sokongan kalis air serta NFC.

Xperia X Compact

Sony Xperia X Compact pula merupakan telefon pintar bersaiz kompak daripada Sony dengan skrin bersai 4.6-inci, tetapi menggunakan spesifikasi sedikit rendah – termasuk paparan pada hanya 720p, menggunakan cip Snapdragon 650, memori 3GB RAM dan kamera belakang 23-megapixel.

Harga jualan dan tarikh ia mula ditawarkan dijangka diketahui pada acara pelancaran yang dijadualkan pada 30 September 2016 ini.

Baca : Pandang Pertama Xperia XZ



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sony Xperia XZ Dan Xperia X Compact Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 30 September"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info