Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sony Akan Menawarkan Jersi Percuma Untuk Pembelian Permainan Genre Sukan

Pada bulan-bulan akan datang, sejumlah permainan dibawah genre sukan akan hadir ke PlayStation 4, termasuk antaranya adalah FIFA 17, Winning Eleven 17 dan juga NBA2K17. Bersempena dengannya, pihak Sony turut menyediakan promosi khusus untuk pemain PlayStation 4.

Melalui promosi yang diadakan daripada September ke November 2016 ini, pengguna yang mendapatkan konsol PlayStation 4 bersama-sama sebarang permainan tersebut akan mendapat jersi PlayStation eksklusif secara percuma.

Promosi ini ditawarkan di beberapa pengedar Sony terpilih sahaja, dan bagi anda yang meminati permainan genre sukan mungkin boleh menyemak penawaran ini sebelum membuat pembelian.

PlayStation 4 Jersi



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Sony Akan Menawarkan Jersi Percuma Untuk Pembelian Permainan Genre Sukan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info