Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Gigfairy Diambil-Alih Oleh Tune Studios Dan BAC Ventures

Gigfairy merupakan salah satu startup tempatan yang membolehkan para pengguna membuat tempahan ahli muzik dan artis melalui platform mereka. Pada tahun lepas, Gigfairy telah menerima suntikan dana daripada 1337 Ventures, dan kini selang setahun, mereka mengumumkan telah diambil-aih oleh Tune Studios dan BAC Ventures.

Gigfairy

Gigfairy mengatakan kini mereka mempunyai lebih 200 orang artis daripada pelbagai genre berbeza, dan turut menerima sokongan pelbagai syarikat terkemuka. Pihak Tune Studios sendiri telah sedia menyokong platform berkenaan sebelum ini. Ia dikatakan dengan pengambil-alihan ini, ia akan memudahkan lagi Tune Studios untuk mencari bakat baru.

CEO Gigfairy sedia ada, Brian Foo akan kekal mengetuai operasi syarikat berkenaan seperti biasa, dan tiada perubahan drastik akan dilakukan buat masa ini.

Pengambil-alihan ini juga dikatakan akan membantu Gigfairy dalam memperluaskan perkhidmatan mereka ke beberapa pasaran baru pada thaun 2016 ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Gigfairy Diambil-Alih Oleh Tune Studios Dan BAC Ventures"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info