Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Braintree Memperluaskan Penawaran Ke Malaysia – Membolehkan Penjual Menerima Bayaran Terus Pada Aplikasi Atau Web

Braintree merupakan salah satu syarikat yang telah diambil-alih oleh PayPal sebelum ini. Melaluinya, ia membolehkan sesiapa sahaja menerima pembayaran terus didalam aplikasi atau web dengan mudah – membolehkan para penjual atau penyedia perkhidmata menerima bayaran daripada kad debit dan kredit terkemuka.


Terkini, Braintree telah pun memperluaskan perkhidmatan mereka ke Malaysia, sekaligus membolehkan pembangun dan penjual tempatan menggunakan perkhidmatan mereka dalam menerima bayaran.


Salah satu kelebihan yang ditawarkan oleh Braintree adalah kebolehan menerima bayaran terus pada aplikasi pembangun, tanpa perlu meninggalkan ia terlebih dahulu seperti PayPal. Braintree akan mendepositkan wang pembayaran tersebut ke akaun pemilik dalam tempoh dua hari selepas transaksi berlaku.


Tiada sebarang caj bulanan yang dikenakan oleh Braintree – sebaliknya mereka mengenakan cas mengikut setiap transaksi. Daripada apa yang diperlihatkan, Braintree mengambil cas sebanyak 3.4% dan tambahan RM2 untuk setiap transaksi untuk setiap transaksi domestik, tetapi pada masa yang sama turut membolehkan anda menerima bayaran daripada mata wang asing melalui platform mereka.


Antara syarikat dan perkhidmatan popular yang menggunakan teknologi Braintree ini adalah Airbnb dan juga Uber.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Braintree Memperluaskan Penawaran Ke Malaysia – Membolehkan Penjual Menerima Bayaran Terus Pada Aplikasi Atau Web"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info