Sembang Maniac

Sembang-sembang je

MAGZET : Penyambung Magnetik Seperti MagSafe Untuk Fon Kepala

MAGZET-1


MagSafe ialah sistem sambungan pengecas MacBook yang akan tertanggal dengan mudah apabila direntap. Ia mampu mengelakkan MacBook dari terjatuh apabila anda tersadung pada wayar pengecas. Ia adalah inovasi Apple yang paling kami mahukan pada komputer riba Windows. Tidak mengejutkan apabila USB-C digunakan pada MacBook 2015, ramai peminat Apple merasakan ini adalah tindakan yang kurang wajar dari Apple.


MAGZET ialah penyambung fon kepada yang mempunyai fungsi seakan-akan MagSafe. Ia terdiri daripada dua komponen iaitu MAGkap dan MAGjack. Fon telinga disambung kepada MAGkap manakala MAGjack disambung kepada jack fon kepada alat audio yang ingin digunakan. Kedua-dua komponen ini kemudian disambung secara magnetik bagi melengkapkan litar. Apabila berlaku rentapan yang cukup kuat mereka akan terpisah dengan mudah sebelum wayar fon telinga putus ataupun alat audio (seperti komputer riba) tertarik sekali dan terjatuyh. Justeru masalah kabel fon telinga dan alat audio yang rosak kerana direntap dapat diselesaikan. MAGZET sedang mengumpul dana untuk penghasilan penuh. Dua set MAGZET boleh anda miliki pada harga $35.


Kami yakin masalah tertarik peranti dan komputer kerana kabel fon telinga/kepala secara tak sengaja ialah masalah yang dialami semua. Ianya juga sudah berlarutan sejak berdekad lamanya. Jika MAGZET wujud ketika kami masih di asrama dahulu pastinya beratus ringgit dapat dijimatkan dari membeli fon kepala yang asik terputus akibat direntap dengan tidak sengaja.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "MAGZET : Penyambung Magnetik Seperti MagSafe Untuk Fon Kepala"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info