Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Sebilangan Pengguna Note 7 Di Korea Selatan Melaporkan Masalah Baru Pada Peranti Gantian

Proses tukar ganti Note 7 yang bermasalah dengan unit baru sedang berlangsung. Di Korea Selatan Samsung telah memulakan proses gantian sejak seminggu lalu. Sebilangan kecil pengguna dengan unit baru kini melaporkan masalah lain pada peranti gantian. Ada yang melaporkan peranti berfungsi lebih panas dari biasa. Terdapat juga masalah bateri yang kehabisan cas terlalu pantas.

Samsung menyedari masalah ini tetapi menegaskan ia tiada kena mengena dengan masalah bateri. Laporan yang diterima juga adalah dari sejumlah kecil pengguna di Korea Selatan dan dikatakan tidak perlu merisaukan pengguna lain buat masa ini. Pengguna di Amerika Syarikat yang telah menerima peranti gantian belum melaporkan masalah yang sama. Diharap masalah baru ini dapat diselesaikan segera keran ia menjejaskan nama baik syarikat.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Sebilangan Pengguna Note 7 Di Korea Selatan Melaporkan Masalah Baru Pada Peranti Gantian"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info