Sembang Maniac

Sembang-sembang je

iPhone 7 Black Diamond Edisi Mewah Mula Dijual Pada Harga RM 2 Juta

Apple ialah jenama yang sinonim dengan kemewahan dan kesempurnaan. Bagi mereka yang berwang, harga jualan iPhone 7 bukanlah penghalang bagi mereka untuk memilikinya. Tetapi ada sebilangan kecil yang mahukan peranti yang lebih mewah. Untuk mereka Gresso menghasilkan iPhone 7 Black Diamond yang dijual pada harga $ 500000 (~RM 2.07 Juta) sebuah.

gresso-iphone-7-1Setiap peranti ditatah dengan 1450 permata hitam dan tubuh aluminium digantikan dengan titanium. EarPods yang disertakan turut ditatah dengan 30 permata hitam. Akhir sekali logo Gresso yang diperbuat daripada emas diletakkan pada panel belakang. Hanya tiga peranti edisi khas ini akan dihasilkan. Sekiranya ianya diluar kemampuan anda, mereka ada menghasilkan edisi lebih mampu milik dengan tubuh titanium dan saduran emas yang dijual pada harga $3500 (~RM 10340) sebuah. Untuk model ini hanya 999 peranti akan dihasilkan.

 



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "iPhone 7 Black Diamond Edisi Mewah Mula Dijual Pada Harga RM 2 Juta"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info