Google bakal mengadakan sebuah acara khas pada 4 Oktober 2016 ini, dimana mereka dijangka memperkenalkan sejumlah peranti memfokuskan para pengguna, termasuk telefon pintar Google Pixel. Bersama-sama pada acara berkenaan, Google turut dijangka memperkenalkan versi baru Chromecast.
Bagi yang tidak mengenali akan Chromecast, ia merupakan sebuah dongle yang boleh disambung kepada televisyen, dan seterusnya membolehkan pengguna untuk strim kandungan daripada telefon pintar, tablet, atau komputer melaluinya.
Chromecast baru yang bakal diperkenalkan kelak dijangka dikenali sebagai Chromecast Ultra, dan menjadi fokus utama padanya adalah sokongan 4K. Dengan sokongan tersebut, ia turut akan dilengkapi dengan beberapa komponen yang lebih berkuasa berbanding pada Chromecast biasa – sekaligus menjadikan harga jualannya sedikit mahal.
Daripada gambar yang hadir ke arena internet ini juga, ia dilihat Google akan menggunakan logo “G” pada peranti ini, dan dikatakan sistem operasinya juga tidak akan menggunakan logo Chromecast seperti sebelumnya.
Apa pun, seperti biasa kita nantikan tarikh 4 Oktober 2016 ini untuk melihat apakah kejutan yang bakal dibawakan oleh Google.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Ini Adalah Chromecast Ultra Yang Bakal Hadir Dengan Sokongan 4K"