Disamping pengenalan Huawei NOVA dan juga tablet terbaru daripada mereka, pengeluar terkemuka dari China ini juga turut memperkenalkan dua lagi penambahan variasi untuk Huawei P9 – iaitu dalam pilihan warna biru dan merah.
Huawei P9 merupakan telefon pintar flagship untuk tahun 2016 ini daripada Huawei, hadir dengan sokongan spesifikasi yang baik – dan menjadi fokus utama adalah penawaran dwi-kamera belakang yang hadir dengan penjenamaan Leica.
Melalui penambahan dua lagi variasi warna ini, ia memberikan lebih pilihan kepada pengguna – sekaligus membolehkan pengguna memilihnya berdasarkan kepada stail harian mereka.
Huawei P9 dijual di Malaysia pada harga RM2099.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei Memperkenalkan Huawei P9 Dalam Pilihan Warna Biru Dan Merah"