Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Garmin Vivofit 4 Hadir Dengan Sokongan Bateri Bertahan Sehingga Setahun

Garmin sedia mempunyai beberapa peranti boleh-pakai memfokuskan kecergasan, dan terkini mereka memperkenalkan versi terbaru untuk gelang tangan pintar mereka, iaitu Vivofit.

Vivofit 4 hadir dengan rekaan yang lebih moden berbanding generasi sebelum ini, dan menariknya Garmin dilihat memfokuskan kepada sokongan bateri bersama dengannya – mengatakan ia menawarkan masa bertahan bateri sehingga setahun lamanya. Perkara ini dijayakan melalui penggunaan bateri bulat yang boleh digantikan pengguna selepas ia habis digunakan.

Disamping itu, gelang tangan pintar ini turut menyertakan sejumlah ciri-ciri untuk memantau kecergasan – termasuk ketika berenang, sokongan integrasi ke jam tangan melalui Garmin Connect, dan juga skrin berwarna bersama dengannya. Pengguna turut boleh mengubah tali gelang tangan pintar ini mengikut corak kesesuaian yang diminati – dan seperti biasa perlu dibeli secara berasingan.

Garmin Vivofit 4 ini ditawarkan di Amerika Syarikat sahaja buat masa ini pada harga $79.99 iaitu sekitar RM327.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Garmin Vivofit 4 Hadir Dengan Sokongan Bateri Bertahan Sehingga Setahun"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info