Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Google Dikatakan Bakal Memperkenalkan Komputer Riba Menjalankan “Andromeda OS” Tahun Depan

Semalam, kita telah mendengar beberapa perkara mengenai Andromeda, iaitu integrasi dua sistem operasi Chrome OS dan juga Android menjadi satu – sekaligus membawa sistem operasi berkenaan pada pelbagai peranti, termasuk komputer riba. Kini, berkongsi lanjut mengenainya, Android Police mengatakan komputer riba menjalankannya akan diperkenalkan pada suku ketiga 2017 kelak.

Andromeda OS ini adalah lebih kepada membawa pelbagai fungsi terbaik pada Chrome OS kedalam Android, sekaligus menjadikan sistem operasi berkenaan mesra pada pelbagai peranti, termasuk komputer riba. Google dikatakan mungkin memperlihatkan sedikit teaser berkaitan Andromeda ini seawal 4 Oktober ini pada acara khusus mereka.

Google dikatakan sedang membangunkan sebuah komputer riba dengan skrin 12.3-inci, dan membawakan rekaan hibrid – membolehkan ia menanggalkan papan kekunci seumpama Surface, dan menggunakan ia sebagai tablet. Google dikatakan mungkin menggunakan cip Intel untuk menjana produk mereka yang dipanggil dengan nama kod “Bison” ini. Disamping itu, ia juga akan menginterasikan sejumlah sokongan, termasuk USB-C, pengimbas cap jari dan sebagainya.

Dengan gabungan dua sistem operasi ini, ia sekaligus membawa visi satu sistem operasi untuk pelbagai saiz peranti, disamping memudahkan lagi perkembangan sistem operasi dibawah Google. Ini juga mungkin memudahkan pihak Google bukan sahaja memenangi hati pengguna, tetapi juga perusahaan seluruh dunia.

Pelbagai laporan baru yang hadir ini semestinya membuatkan ramai yang tidak sabar menantikan apakah yang bakal dibawakan oleh Google melalui Andromeda kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Dikatakan Bakal Memperkenalkan Komputer Riba Menjalankan “Andromeda OS” Tahun Depan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info