Pada tahun ini kita telah melihat beberapa syarikat besar diambil-alih oleh gergasi internet yang lain – seperti LinkedIn oleh Microsoft, ARM oleh Softbank, AVG oleh Avast dan beberapa yang lain. Terkini, hadir laporan baru yang mana Twitter turut menjadi sasaran dan menarik minat beberapa syarikat.
Menurut laporan yang hadir daripada CNBC, Twitter dikatakan menarik minat beberapa gergasi, termasuk antaranya adalah Google dan juga Salesforce.com. Laporan baru ini membawa kepada peningkatan harga jualan saham Twitter.
Google sebelum ini telah mencuba beberapa kali dalam arena sosial, dan sekiranya mereka mengambil-alih Twitter, maka ia akan secara tidak langsung akan membantu dalam arena carian masa-nyata – memandangkan pelbagai perkara hadir pada Twitter terlebih dahulu.
Buat masa ini, ia dikatakan Twitter masih belum menerima bidaan rasmi lagi.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Google Dan Salesforce Dilaporkan Berminat Untuk Mendapatkan Twitter"