Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Galaxy S7 Dan S7 Edge Akan Menerima Antaramuka Grace UX Dengan Kemas Kini Nougat

Samsung Galaxy Note 7 kami telahpun dipulangkan kepada pihak Samsung selepas masalah bateri yang cukup diketahui ramai. Kami kini kembali menggunakan S7 Edge untuk kegunaan harian. S7 Edge ialah peranti yang bagus tetapi kami amat merindui antaramuka Grace UX yang digunakan pada Note 7. Ia jauh lebih kemas, cantik, lancar dan mempunyai skema warna yang moden. Samsung nampaknya akan memberikan Grace UX kepada S7 dan S7 Edge dengan kemas kini Android Nougat akan datang.

Selain antaramuka, sistem Always on Display Note 7 turut akan disertakan. Pada Note 7, terdapat lebih banyak pilihan rekaan dan warna untuk sistem AoD. Kepada pemilik S7 dan S7 Edge berita ini pastinya dinantikan kerana ia akan membuatkan peranti mereka sehampir mungkin kepada sebuah Note 7 dengan hanya ketiadaan sokongan S Pen. Seperti kami laporkan semalam Samsung sedang menguji Nougat pada kedua-dua peranti. Tarikh bila ia akan diberikan masih belum diketahui tetapi mungkin tidak terlalu lama dari sekarang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Galaxy S7 Dan S7 Edge Akan Menerima Antaramuka Grace UX Dengan Kemas Kini Nougat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info