Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Death Stranding Daripada Hideo Kojima Akan Membawakan Permainan Dunia Terbuka

Hideo Kojima merupakan nama yang tidak asing lagi dalam arena permainan video. Sebelum ini, beliau telah mengumumkan permulaan syarikat baru dan dibawahnya, permainan baru yang akan dibangunkan adalah Death Stranding. Walaupun telah mengumumkan nama, namun, bentuk permainan dan sebagainya masih kekal misteri.

Menghadirkan diri ke Tokyo Game Show, Hideo Kojima kini memberikan sedikit gambaran tambahan untuk permainan Death Stranding ini. Ia dikatakan akan menawarkan bentuk permainan dunia terbuka dan akan menyasarkan untuk menghubungkan semua pemain dalam dunia berkenaan.

Permainan berkenaan kelak dijangka akan menawarkan pelbagai kebebasan kepada pengguna, dan menekankan kepada aspek kerjasama antara satu sama lain.

Bersama-sama perkongsian tambahan ini juga, Hideo Kojima mengatakan permainan ini akan turut menyokong paparan 4K dan HDR yang dibawakan melalui PlayStation 4 Pro.

Memandangkan ia masih pada peringkat awal lagi, maka kita mungkin perlu nantikan beberapa tahun lagi sebelum ia dilancarkan kepada umum.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Death Stranding Daripada Hideo Kojima Akan Membawakan Permainan Dunia Terbuka"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info