Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Membuat Pelaburan Di Kingsoft Dengan Fokus Terhadap Perisian

Xiaomi pada tahun lepas agak aktif dalam melabur pada beberapa syarikat yang terlibat dalam arena perkakasan pintar, dan kini mereka dilihat turut tidak melupakan arena perisian. Terkini, hari ini ia dilihat Xiaomi mengumumkan perancangan untuk melabur dan mendapatkan pegangan sebanyak 2.98% di Kingsoft.


Bagi kebanyakkan pengguna komputer, anda mungkin mengenali akan Kingsoft yang menawarkan perisian pejabat percuma untuk pengguna. Baru-baru ini mereka telah menjenamakan perisian mereka kepada WPS Office – dan seperti biasa menawarkan perisian pejabat mereka untuk Windows, Android, dan juga iOS.


Selain daripada itu, Kingsoft turut mempunyai beberapa penawaran khusus untuk perusahaan, dan syarikat tersebut sebelum ini telah sedia mempunyai pelaburan daripada Lei Jun, CEO Xiaomi dengan pegangan sehingga 15%.


Xiaomi juga dilihat akan melakukan pelaburan pada beberapa syarikat lain dengan fokus terhadap aplikasi mudah-alih dan juga e-dagang. Sejak permulaan tahun 2015 ini, Xiaomi telah mengumumkan beberapa produk, selain berkongsi perancangan mereka untuk peranti berhubung didalam rumah.






Banyak lagi menarik FB kami



http://ift.tt/14Mtwjx

via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Xiaomi Membuat Pelaburan Di Kingsoft Dengan Fokus Terhadap Perisian"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info