Berapakah langganan data anda pada setiap bulan? Bolehkah ia bertahan sehingga langganan internet anda tamat? Sekiranya anda bergantung pada penggunaan data sepenuh masa, pastinya anda perlu menggunakannya dengan cermat sepanjang tempoh langganan internet anda. Jadi dengan itu, ada beberapa aplikasi yang mungkin anda perlu berhati-hati menggunakannya pada telefon pintar bagi mengelakkan jumlah penggunaan data yang tidak diingini.
01
Youtube
Aplikasi Youtube boleh dikatakan aplikasi yang paling banyak menyumbang kepada penggunaan data tertinggi apabila anda kerap menonton video menerusi perkhidmatan tersebut. Setiap video pada resolusi 360p dengan durasi 4 minit menggunakan kira-kira 11MB data anda. Sebagai perbandingan, video resolusi 720p dengan durasi yang sama akan menggunakan kira-kira 30MB data.
02
Chrome/Safari
Pelayar web turut menjadi penyumbang utama kepada penggunaan data yang tinggi apabila anda kerap melayari laman-laman dengan jumlah imej yang tinggi. Ia boleh mengambil antara 1MB-4MB untuk sesebuah laman web yang anda layari.
03
Facebook
Tidak dinafikan Facebook boleh menjadi aplikasi yang paling kerap dibuka setiap hari, jika anda seorang pengguna tegar Facebook. Dengan kandungan gambar yang begitu banyak pada post di Newsfeed, ia menggunakan lebih banyak data anda terutama sekali melayarinya ketika waktu bosan. Dengan trend lambakan post video viral yang sentiasa mengejar jumlah share, anda pasti tidak akan dapat menahan diri anda daripada menekan butang ‘Play’.
04
Twitter
Bagi yang tidak gemarkan cara hidup dan masyarakat di Facebook, Twitter merupakan tempat mereka bersosial tanpa gangguan keluarga mahupun guru-guru di sekolah lama anda. Namun seperti Facebook, Twitter juga menggunakan data yang tinggi apabila timeline dibanjiri dengan tweet bergambar dan juga video viral.
05
Instagram
Tidak kira anda penggemar tegar Facebook mahupun Twitter, aplikasi Instagram menyatukan pengguna untuk menghantar gambar dan video pendek yang menarik untuk dikongsi. Namun dengan lambakan gambar pada aplikasi ini, ia mengambil data kira-kira 200kb untuk setiap gambar yang dipaparkan. Ia mungkin dilihat agak sedikit, namun ia mampu mengambil data sehingga 2MB pada setiap sesi.
Sekiranya anda membuka aplikasi ini dalam 10 kali sehari, ia mampu mengambil data sehingga 20MB – tidak termasuk video yang anda mainkan di Instagram. Dengan pengenalan Instagram Stories, satu video 10 saat yang dipaparkan (pada resolusi tertinggi 720p) boleh mencecah penggunaan data kira-kira 2.5MB.
06
Snapchat
Pencetus idea asal kepada Instagram Stories semestinya melalui perkhidmatan Snapchat yang menjadi trend dalam kalangan masyarakat muda sejak kebelakangan ini. Ia menawarkan format penceritaan sementara melalui gambar dan video yang mana bakal ‘dihilangkan’ selepas dimuat naik dalam masa 24 jam. Namun melayari sesebuah ‘stories’ juga boleh menggunakan jumlah data yang banyak – apatah lagi pengguna Snapchat yang anda follow sering bereksperimen dengan filter haiwan dan bunga-bungaan. Setiap video 10 saat yang anda lihat pada Stories mengambil jumlah data sekitar 4.7MB.
Netflix/iFlix
Perkembangan internet turut membawa kepada perkhidmatan penstriman video popular – membolehkan pengguna menonton pelbagai siri-TV dan filem pada bila-bila masa, asalkan mempunyai internet. Menonton satu episod siri televisyen boleh dikatakan akan memakan data sekitar 150MB untuk siri 40 minit, dan sekiranya anda menonton lebih daripada satu episod pada sesuatu hari, maka ia boleh dikatakan memakan data yang banyak.
08
Skype
Penggunaan Skype turut menyumbang kepada penggunaan data yang tinggi terutama apabila anda membuat panggilan suara dan juga panggilan video. Setiap panggilan suara dari Skype-ke-Skype boleh menggunakan kira-kira 375kb data bagi panggilan berdurasi 1 minit. Namun kebanyakan individu menggunakan Skype untuk membuat panggilan video – yang boleh menggunakan sebanyak 4MB data untuk satu panggilan video selama seminit.
09
Spotify/JOOX
Kini ramai yang telah beralih untuk mendengar muzik secara sah dengan adanya langganan perkhidmatan penstriman muzik yang berpatutan. Di Malaysia, Spotify dan JOOX menjadi aplikasi utama yang menawarkan perkhidmatan penstriman terbaik tanpa perlu melanggan untuk menggunakannya. Namun dengan penggunaan secara percuma ini, anda tidak akan mendapat fungsi ‘offline’ sekaligus memakan data yang tinggi untuk satu-satu sesi pendengaran muzik. Ia boleh mengambil kira-kira 2MB-3MB data untuk sesebuah lagu yang berdurasi 4 minit pada bitrate 96 kbps.
10
Tumblr
Akhir sekali tentunya perkhidmatan Tumblr yang mana menghimpunkan post-post menarik dalam bentuk blog. Ia mengandungi banyak gambar berformat GIF di sini, jadi anda perlu berhati-hati sebelum memainkan animasi gambar dalam format ini. Sekiranya anda pengguna kasual yang gemar menghantar post dan reblog di Tumblr, ia mengambil kira-kira 200kb bagi satu-satu post dengan gambar statik, manakala 500kb-10MB bagi gambar berformat GIF. Bagi anda yang gemar menonton video di Tumblr pula, satu video berdurasi 1 minit mampu mengambil penggunaan kira-kira 5MB data.
Apabila kesemua penggunaan aplikasi berkenaan disatukan, ia sekaligus membawa kepada jumlah penggunaan data yang banyak dan akhirnya berdepan dengan kelajuan internet yang dihadkan. Namun ada berita menarik bagi anda yang ingin menikmati kesemua aplikasi ini secara intensif tanpa perlu risau pada penggunaan data. webe bakal membebaskan anda dari had sebegini, dan ianya dilengkapi dengan langganan internet mudah-alih tanpa had – jadi anda tidak perlu risau lagi dengan penggunaan data yang tidak mencukupi. Apa yang anda tunggu lagi, untuk maklumat lanjut, sila layari webe digital Facebook.
Layari: Facebook webe digital
Penafian: Advertorial dari webe
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "10 Aplikasi Mudah-Alih Popular Dengan Penggunaan Data Tertinggi"