Sembang Maniac

Sembang-sembang je

ZTE Axon 7 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 1999

Menerusi penawaran telefon pintar oleh ZTE, siri Axon merupakan siri dengan spesifikasi tinggi, dan hadir dengan rekaan premium berasaskan logam. Setelah diumumkan pada akhir bulan Mei, pada hari ini ia telah mula dilancarkan untuk pasaran tempatan.

Sebagai telefon flagship, telefon yang menyokong dwi-SIM ini membawakan pelbagai ciri-ciri menarik dan turut dikuasakan oleh cip pemproses terkini iaitu Snapdragon 820 empat-teras serta GPU Adreno 530. Untuk versi pasaran tempatan, ia turut RAM sebanyak 4GB, dan membawakan kapasiti storan sebesar 64GB yang boleh ditambah dengan kad Mikro-SD sehingga 256GB pada ruang SIM kedua.

ZTE Axon 7 -IMG_2968 ZTE Axon 7 -IMG_2974

Dari segi saiz, ia membawakan paparan skrin 5.5-inci AMOLED dengan resolusi 2K 538ppi. Dengan skrin 2K, ia turut menyokong rakaman video sehingga 4K. Kamera utamanya menggunakan sensor pengimejan 20MP f/1.8 yang menyokong pemfokusan automatik PDAF serta mempunyai penstabil imej optikal (OIS). Bagi kamera selfie hadapan, ia mempunyai sensor pengimejan 8MP f/2.2 dan boleh merakam video 1080p.

ZTE turut menekankan yang mana siri Axon hadir dengan kualiti audio yang bagus, menggunakan teknologi Dolby Atmos pada kedua pembesar suaranya. Ia juga menggunakan USB Type-C dan menyokong pengecasan pantas dimana dalam masa 30 minit, ia boleh mengecas sehingga 50% dari jumlah kapasiti bateri 3250 mAh. Ia juga disertakan pengimbas cap jari di bahagian belakang.

ZTE Axon 7 -IMG_2962 ZTE Axon 7 -IMG_2950

Telefon pintar ZTE Axon 7 yang beroperasi menggunakan Android Marshmallow akan mula dijual secara pratempah pada harga RM 1,999 menerusi Lazada dan 30 pembeli terawal akan menerima peranti realiti maya ZTE VR. Pihak ZTE turut menyatakan yang mereka akan membawakan kemaskini Android N untuk peranti ini dalam masa terdekat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "ZTE Axon 7 Dilancarkan Di Malaysia Pada Harga RM 1999"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info