Xiaomi telah hadir dengan beberapa teaser sebelum ini, dan hari ini secara rasminya telah pun melancarkan basikal pintar elektrik mereka yang baru, dinamakan sebagai Mi QiCYCLE Electric Folding Bike.
Mi QiCYCLE Electric Folding Bike membawakan bateri terbina yang mampu bertahan untuk perjalanan sehingga 45km. Melaluinya, ia memudahkan pengguna menunggang basikal tanpa sukar seperti sebelum ini. Malah, walaupun bateri pada basikal ini kehabisan, pihak Xiaomi menyertakan gear pada tiga kelajuan yang memudahkan anda menunggangnya.
Disamping itu, pihak Xiaomi turut menyertakan sebuah aplikasi khusus yang membolehkan anda memantau aktiviti masa-nyata pada basikal berkenaan, termasuk lokasi, dan juga gaya pemanduan anda, serta kalori yang telah digunakan.
Basikal ini juga boleh dilipat dengan mudah bagi anda membawanya ke mana-mana, ataupun menyimpannya didalam kereta.
Seperti produk Xiaomi lain, ia bakal ditawarkan di pasaran China sahaja buat masa ini, dan berharga RMB2999 (sekitar RM1820).
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Memperkenalkan Basikal Elektrik Pintar Yang Boleh Dilipat Dibawah Jenama Mi QiCycle"