Tarikh pelancaran Pokemon GO di Malaysia masih lagi samar tanpa sebarang maklumat dari Niantic. Sungguhpun begitu reaksi dari pelbagai pihak mengenai permainan memburu haiwan aneh digital ini sudah menjadi isu negara. Sebelum ini mufti Pulau Pinang menyarankan supaya fatwa dikeluarkan bagi mengharamkannya. Laporan polis juga sudah dikeluarkan kerana pelapor risau pemain Pokemon GO akan berubah menjadi kartun.
Terkini mufti Wilayah Persekutuan, atuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri mengumumkan Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan menjatuhkan hukum haram untuk umat Islam memainkan aplikasi popular ini. Menurut beliau permainan ini boleh membawa kepada kemudaratan, perjudian serta mengiyakan kuasa dan dewa tertentu. Faktor-faktor ini menyebabkan ia haram dimainkan oleh umat Islam.
Kami sudah menghabiskan beberapa jam di dalam dunia maya Pokemon GO.Kami tidak tahu dari aspek manakah wujud elemen perjudian dan mengiyakan kuasa dewi tertentu ini ditemui. Sekiranya wujud sekalipun ini bermakna permainan lain seperti The Witcher 3, DoTA, CS:GO, GTA V,Skyrim dan Bloodborne turut perlu difatwakan haram. Apa pula pendapat anda? Benarkah wujud elemen perjudian dan menyembah dewa tertentu di dalam Pokemon. Pada waktu yang sama perlukan ada fatwa untuk mengharamkan permainan-permainan yang kami senaraikan di atas.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Umat Islam Dilarang Memainkan Pokemon GO Menurut Mufti Wilayah Persekutuan"