Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Uber Akan Dicukai Dan Wang Dikutip Diberikan Kepada Industri Teksi Di Massachusetts

Uber dan Gran semakin hampir kepada status sah beroperasi di Malaysia selepas mendapat kelulusan kabinet. Keputusan ini sangat tidak disenangi industri teksi di Malaysia kerana dipercayai akan membawa kesan buruk kepada mereka. Demo telah dilakukan beberapa kali dan terkini ugutan mogok selama seminggu akan dilakukan PERS1M. Di Massachusetts Amerika Syarikat pihak berkuasa mempunyai kaedah unik untuk menyelesaikan masalah ketidakpuashatian pemandu teksi.

Uber-Volvo-Panduan-Automatik-1

Di negeri ini pihak berkuasa mengenakan levi sebanyak $0.20 (RM 0.80 ) untuk setiap perjalanan yang dilakukan oleh Uber. Dari kutipan ini 5 sen akan diberikan kepada industri teksi, 5 sen untuk tabung pengangkutan bandar dan 10 sen lagi kepada tabung pembangunan bandar. Undang-undang baru ini menerima reaksi negatif dari pengusaha teksi dan juga pemandu perkhidmatan perkongsian kereta.

Pemandu teksi masih tidak berpuas hati dan mahu kenderaan Uber diperiksa pihak polis untuk memastikan keselamatannya terlebih dahulu. Uber pula merasakan ini tidak adil kerana kutipan mereka digunakan untuk membiayai pesaing mereka. Kutipan levi ini akan berterusan sehingga 2021. Selepas tempoh tersebut subsidi 5 sen kepada industri teksi akan dihentikan dan keseluruhan cukai akan diserahkan kepada tabung pembangunan bandar sehingga 2028.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Uber Akan Dicukai Dan Wang Dikutip Diberikan Kepada Industri Teksi Di Massachusetts"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info