Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Game Launcher Kini Ditawarkan Untuk Galaxy S6 Dan Galaxy Note 5

Samsung pada Galaxy S7 dan Galaxy S7 Edge telah membawakan sebuah fungsi baru dalam pengoptimasian peranti ketika memainkan permainan video, dinamakan sebagai Game Launcher dan juga Game Tool. Selepas hanya eksklusif untuk Galaxy S7, dan hadir pada Galaxy Note 7, kini Samsung turut menawarkannya untuk Galaxy S6 dan juga Galaxy Note 5.

Samsung Galaxy S7

Melalui penggunaan Game Launcher, ia membolehkan pengguna mengoptimasikan peranti mereka ketika memainkan permainan video – sekaligus menawarkan pengalaman yang baik kepada pengguna.

Disamping itu, melalui integrasi Game Tool, ia turut membolehkan pengguna merakamkan permainan video yang dimainkan, selain turut menawarkan beberapa ciri-ciri lain seperti kebolehan mengelakkan gangguan notifikasi dan sebagainya.

Samsung dilihat menawarkan Game Launcher ini melalui Galaxy Apps Store untuk pengguna peranti Galaxy S6 dan juga Galaxy Note 5.

Jadi, sekiranya anda memainkan pelbagai permainan video melalui Galaxy S6 atau Note 5, mungkin anda boleh memuat-turun aplikasi Game Launcher ini daripada Galaxy Apps Store hari ini.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Game Launcher Kini Ditawarkan Untuk Galaxy S6 Dan Galaxy Note 5"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info