Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Dilaporkan Ingin Mengambil-Alih Subsidiari Aksesori Kenderaan Milik Fiat

Kita sedia melihat sejumlah syarikat teknologi turut memfokuskan kepada arena automotif dalam menyediakan pengalaman penggunaan peranti berhubung yang selari dimana-mana sahaja. Samsung turut tidak ketinggalan dan telah mengumumkan beberapa inisiatif mereka sebelum ini.

Terkini, menurut laporan Bloomberg, Samsung dilihat ingin mengukuhkan lagi kedudukan mereka dalam arena automotif ini dengan pengambil-alihan aset aksesori automotif milik Fiat Chrysler, iaitu subsidiarinya yang dipanggil Magneti Marelli.

Magneti Marelli buat masa ini menyediakan beberapa aksesori, termasuk berkaitan pencahayaan, sistem inforia, dan juga telematic untuk digunakan dalam kenderaan. Dengan pengambil-alihannya, Samsung mungkin boleh mengintegrasikan teknologi mereka pada bahagian-bahagian tertentu, sekaligus menjadikan kenderaan boleh dihubungkan dan disatukan dengan pelbagai rangkaian produk mereka.

Samsung sendiri sedia mempunyai pasukan yang membangunkan teknologi untuk sistem inforia kenderaan, beberapa komponen kenderaan, dan turut telah melabur pada syarikat kenderaan elektrik sebelum ini.

Buat masa ini, ia dikatakan masih pada peringkat perbincangan, dan sekiranya menjadi ia akan bernilai sekitar $3 bilion.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac

Related Post

0 Komentar untuk "Samsung Dilaporkan Ingin Mengambil-Alih Subsidiari Aksesori Kenderaan Milik Fiat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By Catatan Info