Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Proton Hadir Dengan Aplikasi Rasmi Untuk Android Dan iPhone – MyProton

Proton merupakan pengeluar kenderaan tempatan terkemuka, dan terkini mereka dilihat telah mula menawarkan aplikasi rasmi mereka untuk para pengguna telefon pintar Android dan juga iPhone.

Dinamakan sebagai MyProton Official, aplikasi ini memudahkan pengguna mendapatkan informasi berkaitan dengan model kenderaan Proton, disamping turut membolehkan pengguna membuat tempahan untuk pandu uji kenderaan Proton.

Disamping itu, pengguna turut boleh membuat tempahan untuk perkhidmatan penyelengaraan kenderaan dan turut mengira pinjaman untuk kenderaan melalui aplikasi ini.

Bagi anda yang menggunakan kenderaan Proton, atau berhasrat untuk mendapatkannya, boleh memuat-turun aplikasi ini secara percuma dari Google Play Store dan Apple AppStore hari ini.

Muat-Turun MyProton Official untuk Android

Muat-Turun MyProton Official untuk iPhone



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Proton Hadir Dengan Aplikasi Rasmi Untuk Android Dan iPhone – MyProton"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info