Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pingat Sukan Olimpik Di Tokyo Mungkin Dibuat Daripada Barangan Elektronik Terbuang

Perkembangan arena teknologi juga turut menghasilkan barangan elektronik terbuang yang sangat tinggi – apatah lagi dengan kitaran hayat peranti seperti telefon pintar yang sangat singkat berbanding barangan elektronik lain.

Kini, dalam usaha untuk menekankan perkara berkenaan, dan turut membawa sedikit kelainan – sukan Olimpik di Tokyo kelak berkemungkinan akan menggunakan pingat yang dibuat daripada barangan elektronik yang terbuang ini. Bakal diadakan di Tokyo pada 2020 kelak, ia dijangka akan menggunakan sejumlah besar telefon pintar dan barangan elektronik yang terbuang.

Olimpik

Untuk perbandingan, menurut Nikkei, pada tahun 2012 yang lepas, ketika sukan Olimpik di London, pingat telah dibuat daripada 9.6 kilogram emas, 1,210 kilogram perak dan 700 kilogram gangsa. Dan pada tahun 2014 yang lepas, di Jepun, mereka telah mendapatkan sebanyak 143 kilogram emas, 1566 kilogram perak, dan 1112 tan gansa.

Pengumpulan barangan elektronik yang tidak terpakai untuk menghasilkan pingat Olimpik ini juga dilihat akan mengalakkan lagi pengguna untuk mengitar-semula barangan, disamping membolehkan mereka turut menyertai dalam menjayakan sukan berprestij tinggi berkenaan.

Buat masa ini, ia lebih pada peringkat perancangan, dan beberapa mesyuarat dan perbincangan telah dilakukan berkenaan dengannya. Selain daripada menekankan budaya kitar semula, Jepun juga dilihat akan mendemonstrasikan pelbagai perkara menarik pada Tokyo 2020 kelak, termasuk penggunaan rangkaian 5G dan robotik.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pingat Sukan Olimpik Di Tokyo Mungkin Dibuat Daripada Barangan Elektronik Terbuang"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info