Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Pembangunan Topi Keledar Berteknologi AR Skully Dihentikan Kerana Muflis

Pada tahun 2013 kami memaparkan pembangunan topi keledar Skully dengan sistem AR pada cermin muka dan kamera belakang terbina. Ini membolehkan penunggang motosikal menggunakan sistem navigasi bersuara tanpa perlu memegang peranti. Untuk penghasilan secara besar-besaran, Skully mengumpul dana melalui laman Indiegogo dengan sepasang topi keledar dijual pada harga $1399 (~RM 5643). Sambutan yang diterima amat menggalakkan dan mereka berjaya mengumpul hampir $2.5 Juta (~RM 10.1 Juta )_ dan akan memulakan penghantaran pada tahun 2015.

Skully Helmets

Selepas tiga tahun Skully kini mengumumkan mereka menghentikan pembangunan secara serta merta. Pengumuman dilakukan menerusi laman Indiegogo dan sebab yang diberikan ialah mereka kehabisan wang. Oleh sebab itu mereka tidak mampu untuk memulangkan semula wang yang telah diberikan oleh penyokong projek ini. Menyokong projek menerusi pendanaan sumber umum (crowd funding) ini memang berisiko. Skully bukanlah projek pertama dan terakhir yang gagal memenuhi janjinya tidak ditepati.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Pembangunan Topi Keledar Berteknologi AR Skully Dihentikan Kerana Muflis"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info