Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Lumen – Mengoptimasikan Kecerahan Skrin Pada MacOS Mengikut Kandungan Yang Anda Sedang Lihat

Bagi anda yang menggunakan macOS, mungkin anda telah mengetahui mengenai perisian seperti F.lux yang mengoptimasikan paparan skrin mengikut masa dan menjadikan skrin lebih jingga sekaligus mengurangkan cahaya biru. Kini, dengan konsep yang lebih kurang serupa tetapi memfokuskan perubahan mengikut kandungan yang dilihat adalah Lumen.

Lumen

Lumen mungkin adalah pengganti F.lux bagi anda yang tidak menyukai skrin anda berubah menjadi jingga. Melalui lumen, ia boleh dikawal menggunakan kekunci Brightness seperti biasa, disamping ia mengubah kecerahan skrin mengikut kandungan yang anda lihat.

Sebagai contoh, sekiranya kandungan yang anda lihat adalah dengan paparan lebih gelap, maka Lumen akan menjadikan skrin lebih cerah dan memudahkan anda melihatnya. Sementara sekiranya kandungan mempunyai latar berwarna putih yang banyak, ia akan mengurangkan kecerahan pada skrin supaya ia tidak menyakitkan mata anda – terutamanya ketika waktu malam.

Lumen

Bagi anda yang menggunakan macOS, mungkin anda boleh menyemak perisian Lumen ini dan mengoptimasikan lagi kecerahan paparan pada skrin anda mengikut apa yang sedang anda lakukan.

Muat-Turun Lumen untuk Mac OS



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lumen – Mengoptimasikan Kecerahan Skrin Pada MacOS Mengikut Kandungan Yang Anda Sedang Lihat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info