Hari ini sahaja, kita telah melihat pengenalan kad grafik NVIDIA GeForce GTX 1080 untuk komputer riba, selain MSI yang hadir dengan sejumlah penawaran untuk pasaran tempatan. Meneruskannya, pihak Lenovo hari ini telah memperlihatkan dua komputer bersaiz kompak mereka di Gamescom yang memfokuskan kepada saiznya yang kecil tetapi menawarkan kuasa grafik yang tinggi serta sesuai untuk realiti-maya.
Lenovo IdeaCenter Y710 Cube merupakan sebuah desktop bersaiz kompak, tetapi hadir dengan pelbagai ciri-ciri terkini. Ia menggunakan cip Intel Core i7 generasi ke-6 dan turut dilengkapi dengan kad grafik GeForce GTX 1080, serta memori sehingga 32GB DDR4 RAM. Untuk ruangan storan, ia menggunakan storan 256GB SSD ataupun pilihan 2TB HDD.
Pengguna turut boleh menggunakan peranti realiti-maya bersama-sama dengan komputer kompak ini, termasuk HTC Vive dan juga Oculus Rift.
Selain daripada desktop, Lenovo turut telah memperkenalkan sebuah komputer semua-dalam-satu yang dinamakan IdeaCenter Y910 AIO. Komputer semua-dalam-satu ini menyertakan skrin bersaiz 27-inci pada paparan resolusi 2560×1440 pixel dengan kadar segar semula skrin 144Hz. Spesifikasi lain yang dibawakan oleh komputer ini adalah sama seperti Lenovo Y710 Cube.
Kesemua produk ini akan hadir secara berperingkat mengikut spesifikasi, dengan yang menyertakan spesifikasi paling tinggi dijangka hadir sekitar September atau Oktober 2016 ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Lenovo Memperkenalkan Komputer Kompak Dengan Sokongan Grafik Tinggi"