Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Kemuliaan Hari Dan Malam Jumaat

Hari Jumaat adalah hari yang paling besar di sisi Allah SWT, bahkan lebih besar dari Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha.

Kemuliaan Hari Dan Malam Jumaat

Kerana diantara malam dan siangnya tersimpan masa yang paling mustajab untuk berdoa.

Hari Jumaat juga merupakan penghulu segala hari dan sebaik-baiknya dipenuhi dengan beribadah kepada Allah SWT.

Mengenai keutamaan hari Jumaat ada disebutkan di dalam sebuah hadis dimana Rasulullah SAW bersabda, "Sebaik-baik hari yang pada saat itu terbit matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu Adam diciptakan, pada hari itu dia dimasukkan ke dalam syurga dan pada hari itu pula dia dikeluarkan dari syurga dan tidak akan terjadi kiamat kecuali pada hari Jumaat." HR Ahmad, Muslim dan At-Tirmizi

Pada malam Jumaat, kita digalakkan untuk melakukan banyak amal ibadat dalam usaha meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.

Antaranya ialah membaca Al-Qur'an, qiamullail, memperbanyakkan zikir, doa dan selawat.

Namun demikian, janganlah sesekali kita mengharapkan keutamaan semata-mata sehingga kita lupa bahawa semuanya merupakan tanggungjawab yang mesti kita laksanakan.

Galakan Malam Jumaat

Bagi pasangan suami isteri, malam Jumaat dianggap malam keramat dan malam yang sering dinanti-nantikan.

Ini adalah disebabkan adanya anjuran supaya melakukan hubungan suami isteri pada malam tersebut ada dinyatakan dalam sebuah hadis.

"Barangsiapa (yang menggauli isterinya) sehingga mewajibkan mandi pada hari Jumaat kemudian dia pun mandi, lalu bangun pagi dan berangkat (ke masjid) pagi-pagi, dia berjalan dan tidak berkenderaan, kemudian duduk dekat imam dan mendengarkan khutbah dengan khusyuk tanpa senda gurau, nescaya ia mendapat pahala amal dari setiap langkahnya selama setahun, balasan puasa dan solat malam harinya." HR At-Tirmizi, An-Nasa'i, Ibnu Majah dan Ahmad

Namun perlu diingat, Islam tidak menetapkan hari dan waktu yang khusus untuk melakukan jimak.

Suami boleh mendatangi isterinya pada bila-bila masa yang dikehendakinya kecuali waktu yang diharamkan iaitu, sewaktu berihram dan sewaktu isteri di datangi haid.

Adapun pandangan yang mengatakan 'sunat dilakukan pada malam Jumaat' hanyalah berdasarkan keluasan masa rehat dan kelebihan yang ada pada hari keesokkannya (Jumaat).

Wallahu a'lam.

BACA INI JUGA: Salah Faham Cuma ‘Main’ Pada Malam Jumaat

-SENTIASAPANAS.COM



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Kemuliaan Hari Dan Malam Jumaat"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info