Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Jualan iPhone Merudum 35% Di India Walaupun Selepas Pelancaran iPhone SE

Seperti yang kami laporkan pada Mei yang lalu, Apple akan membuka kilang bernilai $10 Billion di India sebagai langkah membesarkan pasaran peranti di India. Peranti iPhone walaupun dijual pada harga yang tidak mampu dimiliki majoriti rakyat India masih menjadi peranti yang paling didambakan oleh mereka. Dengan pembukaan kilang ini mereka dapat mengurangkan harga jualannya kerana potongan cukai di bawah program Made In India.

India iphone android

Pembinaan  kilang yang bakal beroperasi menjelang 2020 ini tiba tepat pada waktunya kerana jualan iPhone menunjukkan penurunan yang drastik pada suku kedua 2016. Apple menjual 800000 unit  iPhone di India pada suku tersebut berbanding 1.2 Juta unit pada suku yang sama 2015. Ini ialah penurunan sebanyak 35%. Pengurangan jualan ini adalah sedikit mengejutkan kerana iPhone SE yang dilancarkan mereka Mac lalu dijangka akan mendapat sambutan di negara seperti India kerana harga yang lebih mampu milik.

Sebagai perbandingan sebanyak 29.8 Juta peranti Android terjual dalam tempoh yang sama. Sistem operasi Android sekarang mendominasi India dengan pegangan 97.1%. India ialah negara dengan pasaran peranti pintar ketiga terbesar di dunia di belakang China dan Amerika Syarikat. Apple melihat pasaran peranti di India sekarang menyerupai China lima tahun yang lalu. Jualan iPhone di pasaran selain Amerika Syarikat dan China adalah penting bagi Apple kerana jualan iPhone di dua pasaran ini menunjukkan penyusutan. Di China Oppo kini semakin agresif manakala di Amerika Syarikat Samsung bangkit semula selepas pelancaran Galaxy S7.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Jualan iPhone Merudum 35% Di India Walaupun Selepas Pelancaran iPhone SE"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info