Ketika ARM dibeli oleh Softbank tempoh hari, ramai yang mengatakan Intel terlepas peluang untuk memilikinya dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam arena pengeluaran cip untuk peranti mudah-alih. Kini, hari ini, Intel membuat kejutan dengan mengumumkan kerjasama dengan ARM dalam melesenkan teknologi mereka dan membuat pengeluaran cip berasaskan teknologi ARM di kilang mereka.
Dengan kerjasama ini, ia bermakna Intel selepas ini akan turut menghasilkan cip pemprosesan berasaskan kepada rekaan ARM untuk pihak ketiga. Sebagai contoh, pada hari ini, Apple menggunakan TSMC untuk pengeluaran cip mereka, dan mungkin ia berubah pada masa akan datang.
Melalui kilang pengeluaran Intel juga, mereka menyediakan peralatan pengeluaran yang bertaraf tinggi dan terkini, selain turut menyokong pengeluaran cip kompleks dengan rekaan 10nm.
Buat masa ini, Intel masih tidak mengumumkan sebarang pelanggan besar yang ingin membuat tempahan melalui mereka. Tetapi, dengan persaingan sengit dalam arena peranti mudah-alih, selain Qualcomm, Apple dan sebagainya yang sering mencari kilang pengeluaran yang mampu menampung permintaan tinggi – mungkin Intel akan menjadi pilihan mereka selepas ini.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Intel Akan Mula Membuat Pengeluaran Cip Berasaskan ARM Di Kilang Mereka"