Sembang Maniac

Sembang-sembang je

EMUI Dengan Rekaan Baru Akan Digunakan Pada Peranti Huawei Mate Terkini

Antaramuka ialah antara elemen yang menjadi faktor pembelian peranti. Pelancar tertentu jelas menyebabkan sela masa pada beberapa peranti Android di pasaran. Pelancar EMUI oleh Huawei ialah antara yang paling lancar di pasaran namun dari segi rekaan harus diakui bahawa ianya sedikit ketinggalan zaman. Elemen Material Design tidak diterapkan langsung dan tiada perubahan ketara berbanding versi EMUI sebelumnya.

Huawei P9 Plus - DSC06786 (Priime Gold)
Kevin Ho (President ,Handset Product Line Huawei Consumer Group) mengesahkan kepada kami bahawa EMUI yang diberi nafas bari akan diperlihatkan pada peranti Huawei Mate terkini yang bakal dilancarkan kelak. Menurut beliau antaramuka baru ini akan membawakan perubahan yang drastik dari antaramuka yang digunakan sekarang. Tegas beliau lagi antaramuka ini bakal menjadikan siri Mate antara yang terbaik di pasaran. Tiada maklumat dikongsi mengenai versi Android, rekaan yang bakal digunakan serta fungsi baru yang bakal diperkenalkan. Kesemuanya hanya diketahui apabila model terkini Mate dilancarkan dalam masa dua bulan dari sekarang.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "EMUI Dengan Rekaan Baru Akan Digunakan Pada Peranti Huawei Mate Terkini"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info