Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Disney Hadir Dengan Aplikasi Permesejan Tersendiri – Disney Mix

Disney merupakan salah satu jenama yang popular dikalangan seisi keluarga – terutamanya dengan penawaran kandugan mereka yang mesra kanak-kanak. Terkini, Disney turut hadir dengan sebuah aplikasi permesejan tersendiri, dan melaluinya mereka memfokuskan kepada perkhidmatan permesejan mesra keluarga.

Disney Mix

Berbeza dengan perkhidmatan permesejan seperti WhatsApp dan Telegram yang ringkas, melalui Disney Mix, ia menyertakan sejumlah fungsi tambahan, termasuk kebolehan membuat avatar tersendiri, berkongsi sticker, dan pelbagai fungsi lain.

Setiap tetingkap sembang juga hadir dengan pemantauan tersendiri supaya pengguna tidak melanggar peraturan seperti menggunakan bahasa tidak sopan dan sebagainya. Sekiranya melanggarnya, pengguna berkenaan akan dihalang akses untuk sementara atau dihalang daripada menggunakan Disney Mix selamanya.

Disney Mix ini boleh dimuat-turun pada Android dan iOS hari ini secara percuma.

Muat-Turun Disney Mix untuk Android

Muat-Turun Disney Mix untuk iOS



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Disney Hadir Dengan Aplikasi Permesejan Tersendiri – Disney Mix"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info