Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Untuk Mengetahui Lokasi Pasar Tani Bakal Dibangunkan Kerajaan

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani bakal hadir dengan sebuah aplikasi mudah-alih baru tidak lama lagi yang akan memfokuskan untuk memudahkan pengguna tempatan dan pelancong menemui Pasar Tani berdekatan dengan mudah.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pelancaran aplikasi ini. Namun, daripada perkongsian Menterinya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, melalui aplikasi ini pengguna akan dapat melihat lokasi Pasar Tani berdekatan dan juga apakah keistimewaan sesuatu Pasar Tani.

Disamping itu, pada masa akan datang, mungkin harga juga boleh dibandingkan antara penawaran dari satu Pasar Tani berbanding yang lain.

Penawaran aplikasi ini juga dilihat akan menjadi salah satu medium pemasaran untuk produk hasil tani tempatan, disamping mengalakkan lagi pelancongan sekitar Pasar Tani tempatan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Untuk Mengetahui Lokasi Pasar Tani Bakal Dibangunkan Kerajaan"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info