Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Aplikasi Prisma Dikemaskini – Kini Lebih Pantas Dengan Kawalan Kesan Khas

Prisma ialah aplikasi suntingan gambar yang popular. Dengan mudah gambar biasa yang ditangkap secara semberono boleh diubah menjadi karya seni moden. Masalah utama Prisma selepas diperkenalkan pada platform Android ialah tempoh masa yang lama untuk menanti gambar diproses. Kemas kini ke versi 1.1 memperbaiki masalah kelembapan dan menambah kawalan ke atas gambar yang diproses.

Prisma-Kemas-Kini

Gambar kini boleh diputar dan dipotong mengikut kehendak pengguna. Masa untuk gambar diproses kini dipercepatkan dan pengguna boleh mengawal peratusan penuras yang dikenakan ke atas gambar asal. Ini dilakukan dengan mentatal jari ke kiri atau kanan di atas gambar yang telah diproses. Kami baru mencuba aplikasi ini selepas kemas kini dan nyata tempoh memproses jauh lebih pantas. Kemas kini seterusnya bakal membawa fungsi suntingan video dan lebih banyak penuras.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Aplikasi Prisma Dikemaskini – Kini Lebih Pantas Dengan Kawalan Kesan Khas"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info