Selain beberapa komputer riba, Acer turut tidak ketinggalan dalam memperlihatkan telefon pintar mereka, iaitu Acer Liquid Zest Plus. Dengan nama yang agak panjang, telefon pintar ini membawakan spesifikasi pertengahan dan lebih memfokuskan kepada masa penggunaan.
Acer Liquid Zest Plus menggunakan skrin bersaiz 5.5-inci dengan paparan pada resolusi 720p, dijana dengan cip MediaTek, memori 2GB RAM, dan ruangan storan 16GB. Acer menyertakan kamera 13-megapixel pada telefon pintar ini, dan turut menyertakan sokongan autofokus berasaskan lazer dan Phase Detection.
Seperti dikatakan pada awalnya, walaupun menawarkan spesifikasi pertengahan, telefon pintar dengan Android 6.0 Marshmallow ini dilengkapi dengan bateri berkapasiti 5000mAh. Memandangkan ia tidak akan menggunakan tenaga yang tinggi untuk pengoperasian mahupun skrin, kita mungkin dapat melihatnya dapat digunakan untuk tempoh lebih daripada sehari – apatah lagi dengan dilengkapi fungsi Doze pada Marshmallow.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Telefon Pintar Acer Liquid Zest Plus Diperkenalkan Dengan Bateri Berkapasiti 5000mAh"