Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Huawei P9 Lite Tertiris – Akan Menyertakan Skrin 5.2-inci Dan Memori 3GB RAM

Huawei bakal melancarkan telefon pintar terbaru mereka, Huawei P9 pada 6 April kelak. Seperti sebelum ini, Huawei dijangka memperkenalkan beberapa variasi produk mereka dibawah keluarga sama, dan salah satunya adalah Huawei P9 Lite.

Huawei P9 Lite

Huawei P9 Lite dikatakan akan menawarkan pelbagai ciri-ciri yang sama seperti Huawei P9, tetapi tidak akan menyertakan fungsi dwi-kamera pada bahagian belakangnya dan akan menggunakan cip pemprosesan yang sedikit kurang berkuasa berbanding Huawei P9.

Huawei P9 Lite ini dikatakan akan menggunakan skrin bersaiz 5.2-inci dengan paparan HD penuh, serta dilengkapi memori 3GB RAM.

Selain daripada Huawei P9 Lite, pengeluar dari China ini juga dijangka akan memperkenalkan Huawei P9 Premium.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Huawei P9 Lite Tertiris – Akan Menyertakan Skrin 5.2-inci Dan Memori 3GB RAM"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info