Dengan perkembangan internet, salah satu perkara yang memudahkan urusan harian adalah pengenalan kemudahan untuk permohonan pelbagai perkara melalui atas-talian. Kini, Jabatan Imigresen dijangka akan memperkenalkan sistem permohonan dan pembaharuan pasport secara atas-talian seawal bulan September ini.
Jabatan Imigresen dijangka akan melaksanakan sistem atas-talian 100 peratus bermula September ini sekiranya semua berjalan lancar. Ini bakal mempermudahkan urusan orang ramai untuk mendapatkan pasport baru atau memperbaharui pasport sedia ada.
Sebelum ini, ketika pengumuman belanjawan 2016, pelbagai perkara telah diumumkan dan dirancang – termasuk kemudahan untuk membuat permohonan Visa ke beberapa negara secara atas-talian, sekaligus memudahkan lagi urusan rakyat untuk ke luar negara.
Banyak lagi menarik FB kami
http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Anda Boleh Memohon Dan Perbaharui Pasport Melalui Atas-Talian Seawal Bulan September"