Sembang Maniac

Sembang-sembang je

90% Peranti Android Terlindung Daripada Kerentanan Quadrooter

Seperti yang kami laporkan sebelum ini, kerentanan pada cip Qualcomm mendedahkan lebih daripada 900 Juta peranti Android kepada masalah sekuriti Quadrooter yang serius. QuadRooter ini mengambil kelebihan empat eksploit yang terdapat pada kod Qualcomm, sekaligus mendapatkan akses root pada peranti Android berasaskan kepada cip Qualcomm. Melaluinya, ia membolehkan akses kepada pelbagai data pada peranti dicuri, termasuk boleh mencuri dengar panggilan, mengakses kamera, dan sebagainya.

Kepada pengguna peranti dengan cip Qualcomm anda tidak perlu risau selagi peranti andamenggunakan Android 4.2 ke atas. Menurut Google sistem Verify Apps yang diperkenalkan pada Android 4.2 akan menghalang pemasangan aplikasi berbahaya. Sehingga awal Ogos ini hanya 9.4% peranti Android masih menggunakan Android versi 4.1 Jelly Bean dan ke bawah. Pada waktu yang sama kesemua aplikasi yang dimuat turun melalui Google Play perlu melalui sistem Verify Apps terlebih dahulu sebelum dipasang. Sekiranya APK dipasang secara sideload sekalipun Verify Apps akan menghalang pemasangan aplikasi berbahaya dan memaparkan amaran “Installation has been blocked” tanpa sebarang pilihan untuk meneruskan proses pemasangan.

Oleh itu pengguna peranti Android dengan sistem operasi terkini tidak perlu panik. Peranti anda terselamat dari Quadrooter buat masa ini. Pada waktu yang sama kerentanan ini akan diperbaiki dengan kemas kini keselamatan bulan September hadapan.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "90% Peranti Android Terlindung Daripada Kerentanan Quadrooter"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info