Sembang Maniac

Sembang-sembang je

YouTube Mula Meminta Maklum Balas Mengenai Video Yang Ditonton

Di YouTube biasanya anda diberikan dua pilihan selepas menoton video. Sekiranya suka dengan kandungan yang ditonton anda boleh menekan butang like dan sebaliknya jika tidak. Dua maklum balas ini agak terhad dan tidak cukup terperinci sekiranya anda menghasilkan kandungan di Youtube. Hari ini kami menyedari sebuah perkara baru berlaku ketika melayari YouTube menerusi desktop. Skrin di bawah ditemui pada skrin hadapan.

Maklum-balas-YouTubeTerdapat ruang maklum balas terhadap video yang ditonton dengan enam pilihan maklum balas. Setakat ini kami menemui paparan maklum balas ini hanya sekali. Bagaimana pula dengan anda. Enam pilihan ini mungkin cara baru untuk mendapatkan maklum balas dengan lebih terperinci tanpa perlu membaca kesemua komen yang diberikan oleh penonton. Bagaimana pula dengan anda? Pernahkah melihat skrin maklum balas ini ketika melayari YouTube. Jika ya adalah pilihan jawapan yang diberikan sama seperti yang kami terima?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "YouTube Mula Meminta Maklum Balas Mengenai Video Yang Ditonton"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info