Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Redmi Pro Tertiris – Disahkan Menggunakan Helio X25

Tinggal empat hari sahaja lagi sebelum Xiaomi mengadakan acara khas melancarkan produk baru mereka. Xiaomi Redmi Note 4, Redmi Pro dan Mi Notebook ialah tiga produk yang dikatakan mungkin dilancarkan pada acara ini. Hari ini gambar Xiaomi Redmi Pro tertiris dan menunjukkan rekaan tubuh logamnya. Redmi Pro juga disahkan menggunakan pemproses MediaTek Helio X25 oleh pengasas Xiomi Lei Jun.

Xiaomi-Redmi-Pro-1

Dari gambar yang tertiris di atas jelas Redmi Pro mempunyai tubuh logam sepenuhnya. Sistem dwi-kamera juga dapat dilihat dan ini mengesahkan identiti peranti yang tertiris minggu lalu sebagi Redmi Pro dan bukannya Redmi Note 4 seperti yang kami laporkan. Adakah anda teruja dengan peranti ini?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Redmi Pro Tertiris – Disahkan Menggunakan Helio X25"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info