Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Xiaomi Hadir Dengan Kamera Yang Boleh Berputar 360-Darjah

Xiaomi sedia menawarkan beberapa kamera melalui syarikat ekosistem mereka, termasuk sebuah kamera aksi sebelum ini. Terkini, hari ini mereka menambah satu lagi penawaran baru untuk para pengguna, iaitu sebuah kamera yang boleh berputar 360-darjah.

Xiaomi 360 Kamera

Dinamakan sebagai 360° Rotating Mi Home White Smart Camera, ia boleh digunakan untuk tujuan memantau rumah, ataupun digunakan untuk merakamkan gambar panorama. Kamera ini boleh merakamkan gambar 85-darjah dan ia menawarkan sokongan berputar bagi membolehkan ia merakamkan gambar 360-darjah.

Xiaomi mengatakan ia boleh merakamkan gambar dan video 1080p, dan pengguna boleh mengawal dan melihat melalui peranti mudah-alih. Ini memudahkan pengguna untuk memantau aktiviti dirumah mereka dengan mudah walaupun mereka berada dimana-mana. Kamera ini turut dikatakan hadir dengan sokongan sensor memantau pergerakkan, selain pandangan infrared untuk memantau ketika waktu malam.

Xiaomi akan mula menjualnya di China bermula minggu hadapan pada harga 399 Yuan (~sekitar RM242).



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Xiaomi Hadir Dengan Kamera Yang Boleh Berputar 360-Darjah"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info