Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Apple Dilaporkan Menangguh Sasaran Untuk Kereta Elektrik Ke Tahun 2021

Apple telah diperkatakan sedang membangunkan kereta elektrik pintar mereka tersendiri sejak setahun dua yang lepas. Pada awalnya, mereka menetapkan sasaran untuk projek ini yang dinamakan sebagai Project Titan untuk pengenalan sekitar 2019 akan datang. Namun, kini, laporan baru hadir mengatakan Apple menangguhkan hasrat mereka berkenaan.

Sehingga kini, Apple masih belum mengesahkan projek rahsia mereka berkaitan kenderaan ini. Namun, mereka telah mengambil pelbagai eksekutif daripada syarikat automotif, selain turut membeli nama domain, serta dikatakan mempunyai sekitar 600 orang pekerja dibawah Project Titan.

Ia tidak diketahui mengapakah penangguhan ini berlaku. Namun, ia mungkin berkait dengan naib president projek berkenaan yang telah meninggalkan syarikat Apple sebelum ini.

Sebelum ini, pelbagai laporan berkaitan kereta Apple ini telah hadir, dan turut dilaporkan berbincang dengan pihak BMW dalam menggunakan salah satu kenderaan mereka sebagai model asas untuk kereta Apple.

Apakah kereta daripada Apple ini benar-benar wujud atau sebaliknya hanya akan diketahui apabila Apple memperkenalkannya kelak.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Apple Dilaporkan Menangguh Sasaran Untuk Kereta Elektrik Ke Tahun 2021"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info