Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Waze Mula Memaparkan Amaran Sekiranya Memandu Melebihi Had Laju Di Malaysia

Waze telah menyertakan fungsi memaparkan amaran apabila pemandu memandu melebihi had laju yang dibenarkan pada bulan Mac yang lepas. Namun, ketika pengenalan, ia hanya terhad kepada beberapa buah negara sahaja.

Kini, selang beberapa bulan, fungsi sama turut dilihat telah mula diperkenalkan kepada pengguna tempatan.

Waze Had Laju

Ketika anda memandu menggunakan Waze, kini ia akan mengenal-pasti had laju pemanduan anda, dan membandingkan ia dengan had laju sesuatu jalan berkenaan. Sekiranya anda melangkaui had laju yang ditetapkan, Waze akan memaparkan amaran sehingga anda memandu pada had laju yang dibenarkan.

Bagi anda yang menggunakan Waze, mungkin boleh kemaskini aplikasi anda hari ini untuk menikmati fungsi baru yang dibawakan oleh Waze ini, sekaligus memastikan anda sentiasa memandu dengan selamat.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Waze Mula Memaparkan Amaran Sekiranya Memandu Melebihi Had Laju Di Malaysia"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info