Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Siapa Yang Tinggal Di Pulau Ikaria Akan Hidup Lebih Lama!

Di kawasan Laut Aegean, wujud sebuah pulau dengan panorama indah dimana udaranya dikatakan berbeza sehingga membuatkan siapa pun yang tinggal di sini akan hidup lebih lama.

Ikaria Island

Bagaimana fenomena luarbiasa di Pulau Ikaria ini terjadi telah cuba dikaji oleh ramai saintis dunia.

Pulau Ikaria atau juga dieja Icaria, terletak berhampiran kawasan Laut Aegean, kira-kira 19 kilometer di barat daya Samos, Greece.

Sebelum ini, kewujudan Pulau Ikaria tidak diketahui ramai, namun pulau ini semakin popular dan menjadi tumpuan saintis selepas diketahui penduduknya hidup 10 tahun lebih lama berbanding warga Eropah yang lain.

Walaupun belum dapat dipastikan sebabnya, saintis percaya ada kemungkinan amalan gaya hidup sihat antara punca kenapa penghuni pulau ini terus menikmati hidup lebih lama.

Ikaria merupakan sebuah wilayah bergunung-ganang dan keadaan muka buminya yang sedemikian telah memaksa fizikal mereka menjadi kuat.

Terdapat juga teori usia panjang penduduk Ikaria ada kaitan dengan tindak balas tarikan magnet semulajadi dari batu-batu granit yang membentuk pergunungan mengelilingi pulau tersebut, namun kebenarannya tidaklah dapat dipastikan.

Seorang warga tempatan Ikaria, Stamatis Moraitis, bagaimanapun mendedahkan bahawa rahsia mereka ialah buah anggur. (The New York Times)

Ikaria Island - Stamatis Moraitis

Menurut beliau, anggur Ikaria sangat asli dan paling istimewa, ia sihat tanpa bahan pengawet berbanding anggur yang dihasilkan di pasaran.

Apa yang menarik, Stamatis mendakwa umurnya lebih tua berbanding yang tercatat dalam dokumen, 1 Januari 1915.

Stamatis pernah menjadi askar ketika Perang Dunia ke II, sebelum berhijrah ke AS.

Sekitar 45 tahun lalu, Stamatis didiagnosis menghidap kanser paru-paru dan doktor memberi harapan hanya enam bulan untuknya hidup.

Sejak itu, dia dan isterinya kembali ke Ikaria, dengan niat untuk dikebumikan berdekatan kubur orang tuanya.

Setibanya di Ikaria, Stamatis hanya berehat dan cuba menikmati sisa hidupnya sebelum menghembuskan nafas terakhir, bertemu dengan kawan-kawan lama dan keluar minum bersama.

Sehinggalah beberapa tahun lalu, Stamatis kembali ke AS untuk berjumpa doktor yang pernah mendiagnosis penyakitnya suatu ketika dahulu dan apa yang menakjubkan, semua doktor itu sudah meninggal dunia!

Kurang Pengambilan Daging Dan Gula

Seorang pakar jantung dari Universiti of Athens, Greece, Dr. Christina Chrysohoou, pernah menjalankan kajian di Ikaria.

Dia mengatakan bahawa warga Ikaria juga sebenarnya menderita pelbagai jenis penyakit seperti masalah jantung, cuma bezanya, mereka menghidap penyakit tersebut pada usia jauh lebih tua.

Menurut Dr. Christina, tiada siapa mampu mengelak penyakit-penyakit berbahaya tapi apa yang menarik, penduduk Ikaria mampu mempertahankan kesihatan mereka, hidup 10 tahun lebih lama berbanding warga Eropah yang lain.

Rahsianya, menurut kajian Dr, Christina, diet penduduk Ikaria terbukti sangat sihat.

Pola pemakanan mereka lebih kepada Mediterranean seperti biji-bijian, buah-buahan, minyak zaitun, ikan, kekacang dan kentang.

Ikaria Island [2]

Mereka juga gemar memakan salad segar yang mengandungi 10 kali lebih banyak antioksidan menggunakan sayur yang ditanam sendiri.

Penduduk Ikaria juga gemar meminum teh herba dari bahan pudina liar dan sekitar 80 peratus penduduk Ikaria turut meminum susu kambing secara teratur.

Dua jenis minuman ini sememangnya terbukti mengandungi khasiatnya yang tersendiri dalam mengurangkan risiko penyakit.

Pulau Ikaria juga lebih tenang, santai, malah udaranya bersih tanpa sebarang pencemaran.

Pada waktu siang, pulau ini akan menjadi sunyi kerana penduduknya tidur.

Mereka percaya tidur secara teratur selama 30 minit dapat membantu menurunkan risiko penyakit jantung dan menjadikan tubuh kekal bertenaga.

BACA INI JUGA: 5 Destinasi Pelancongan Yang Mirip Cerita Dongeng!

-SENTIASAPANAS.COM



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Siapa Yang Tinggal Di Pulau Ikaria Akan Hidup Lebih Lama!"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info