Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Membuat Pelaburan Pada Syarikat Pengeluar Kereta Di China

BYDSamsung merupakan salah satu syarikat gergasi dari Korea Selatan yang mempunyai pelaburan pada pelbagai sektor, dan terkenal kerana perniagaan telefon pintar milik mereka. Terkini, dengan perkembangan arena kenderaan pintar dan elektrik yang menjadi perhatian ramai, pihak Samsung dilihat telah membuat pelaburan strategik pada pengeluar kereta dari China, iaitu BYD.

Samsung dikatakan membuat pelaburan untuk pegangan sekitar 4% pada pengeluar kereta berkenaan. Melalui pelaburan strategik ini, ia akan memberikan akses kepada Samsung untuk menguji dan memperluaskan penawaran kenderaan elektrik daripada mereka, apatah lagi Samsung sedia membangunkan bateri dan cip pemprosesan.

Selain Samsung, terdapat beberapa syarikat gergasi elektronik lain yang turut memfokuskan kepada arena sama, termasuk pihak Apple yang telah diperkatakan pada tahun lepas yang ingin hadir dengan kenderaan pintar mereka tersendiri.



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Membuat Pelaburan Pada Syarikat Pengeluar Kereta Di China"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info