Sembang Maniac

Sembang-sembang je

Samsung Hadir Dengan Rekaan Muka-Taip Tersendiri, Dinamakan SamsungOne

Pelbagai syarikat teknologi kini mempunyai rekaan muka-taip tersendiri untuk digunakan sebagai jenama mereka pada pelbagai produk keluaran mereka. Terkini, Samsung hadir dengan muka-taip tersendiri yang dinamakan sebagai SamsungOne.

SamsungOne

Muka-Taip daripada Samsung ini dioptimasikan untuk penggunaan pada pelbagai peranti, termasuk pada jam tangan pintar, telefon pintar, komputer riba, televisyen, mahupun pada peralatan elektronik yang lain. Penggunaan muka-taip tersendiri ini juga sekaligus memberikan pengalaman selari pada pelbagai produk Samsung, mahupun pada pengiklanan dan pemasaran Samsung.

Muka-taip SamsungOne juga berciri universal dan menyokong pelbagai jenis tulisan di luar sana – sekaligus membawakan sokongan global yang jarang dilakukan oleh sejumlah muka-taip lain.

Bagi anda, apakah anda menyukai rekaan muka-taip baru daripada Samsung ini, ataupun sebaliknya?



Banyak lagi menarik FB kami

http://ift.tt/14Mtwjx
via Sembang Maniac
0 Komentar untuk "Samsung Hadir Dengan Rekaan Muka-Taip Tersendiri, Dinamakan SamsungOne"

 
Copyright © 2014 Sembang Maniac - All Rights Reserved
Template By. Catatan Info